#Resepi: Bubur Cauliflower Atkins

Hai, assalamualaikum..

Alhamdulillah, masuk tahun 2017 dah, tapi baru nak masukkan entri. HAHA.

So, memang berhabuk la cerita dia. Setahun dah tak masukkan entri ni. Jadi untuk entri pertama tahun 2017 ni, ambe nok share resepi Bubur Cauliflower, diambil daripada atkins punya diet. Sedap weh.. sebab tu ajak korang pun buat. tapi aku punya version dah di twistkan la sedikit ikut selera sendiri.

Bahan-bahan (2-5 orang makan)

Cauliflower  -  anggar2 la dalam satu bunga yang saiz sedang camtu
Carrots - Sebatang ckup dah
Ayam (dada)
Ikan Bilis
Garam
Stok Ayam
Bawang Putih

Cara-cara

1. Basuh semua bahan dan siang lah yang mana patut
2. Panaskan periuk, masukkan air - mendidih, masukkan bawang putih, ayam.
3. Pastu, masukkan bunga kobis.. masak sehingga empuk.
4. Lepas dah anggar2 ayam, kobis dah masak, toskan semuanya.
5. Masukkan bunga kobis dan bawang putih tu kedalam blender, campur dengan air rebusan tadi.
6. Blend sampai lumat, masukkan kembali ke dalam periuk kosong, tambah sedikit lagi air rebusan tadi, masak macam biasa
7. tambahkan carrot yang telah dicincang dadu, masukkan ayam tadi (isih dulu isi dia).
8. tambahkan stok ayam or kiub pati ayam, garam sikit, lada sulah sikit.
9. Nak tambah macam sayur lagi pun boleh, macam - cendawan ke, lobak putih ke..
10. pahtu siap lah.. setel..

BOLEH MAKANG!







Comments

Popular Posts