#Catatan Diari: Mysilat Myfest 2015
29 Ogos 2015: Festival Mysilat Myfest telah diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, objektif utama program telah berjaya dicapai iaitu mencatat rekod dunia sebagai Pembelajaran Silat Teramai di dunia. Untuk rekod, seramai 12, 393 orang peserta telah menjayakan festival tersebut. Bagi memenuhi kriteria, pembelajaran diadakan selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk kategori ini. Para peserta yang datang dari seluruh dunia telah berjaya melaksanakan rekod tersebut dan akhirnya nama silat dari alam melayu telah tercatat dalam Guiness World Record.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi telah memecah rekod Malaysia yang telah dibuat pada tahun 2010 di dataran merdeka dalam kategori Persembahan Silat Terbesar dan juga kategori Persembahan Silat Kesemua Perempuan Terbesar dalam Malaysia Book of Records. Catatan rekod dunia ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan merangkap wakil rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau menyatakan kebanggaan beliau terhadap kesemua belia dan ahli silat cekak pusaka hanafi yang bukan sahaja meletakkan nama silat melayu di dunia, malah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Bagi kami, team dari UiTM Kota Bharu, inilah merupakan detik yang ditunggu-tunggu setelah pelbagai latihan dilakukan dan segala tunjuk ajar dipelajari dengan penuh tekun dan keyakinan. InshaaAllah segala usaha dan kerjasama daripada semua pihak diberi ganjaran dan rahmat daripada Allah s.w.t.
Takkan silat hilang di dunia.
Jacke Chan masih kental patut dijemput hadir.
ReplyDelete