#Catatan Diari : Kursus Kahwin


.::Assalamualaikum::..
  

Alhamdulillah.. dah lame rasenye tidak mengupdate blog ini.. Hendak bercerita pasal latest program yang aku join iaitu Kursus Kahwin anjuran Maidam dengan kerjasama UiTM KT, tempat aku belajar.. Yuran yang perlu dibayar RM50 saje.. aku pun bernasib baik sebab dapat tempat.. kalau tak kerana ade orang tarik diri, memang tak dan la aku nak join.. The motif aku join nie bukan sebab ape.. just to know, to get the certificate and at least ade pendedahan awal tentang hidup berumah tangga.. Boleh la aku buat persediaan awal dari segi ekonomi, thaqofah mahupun peribadi diri.. Pendedahan awal ni penting jugak supaya lebih matang, senang nak manage masalah sehingga la dapat diselesaikan.. At least, kite akan tahu apa t.jwb kita bila kita kahwin nanti.. so, aku rase tak salah kalau ikut kursus ni awal2..




BANYAK jugak pengalaman, cerita, tips2 kebahagiaan rumah tangga yang dikongsi bersama, dan sebagai pengetahuan kami, peserta kursus kahwin.. Ilmu agama, aku rasa tu la yang paling penting dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga..Kita tahu akan matlamat kita hidup, tahu akan pembinaan sebuah baitul muslim, yang akhirnya akan membawa kepada sebuah negara yang sejahtera dari segi fizikal dan rohaninya... Teringat tentang sebuah ayat al-Quran yang dikongsi bersama dalam kursus tersebut:


"Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21]. 

ALLAH  telahpun mencipta makhluk-NYA berpasang-pasangan agar dapat berkembang biak dan menjadi suatu benda yang bermanfaat di atas muka bumi ni... Jika dilihat dalam ayat di atas, jelas menerangkan tentang kekuasaanNya yang akan lahir satu perasaan kasih dan sayang, bahagia, aman damai, tenteram dan ketenangan di antara pasangan suami isteri . Ini menunjukkan bahawa, wlaupun kita tak kenal sangat pasangan kita, tak pernah berkapel atau berkasih, Allah akan mencampakkan perasaan kasih dan sayang itu.. Itu pun, jika benar itu jodohnya, dan kedua-duanya melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. So, xdek masalah dengan bercinta selepas kahwin.. Ramai orang kata, kalau kita kawen, hati lebih tenang, terasa damai.. Tapi persoalannya, kenapa masih ada yang bercerai??

BAB ini boleh lah kita kaitkan dengan amalan, segala perbuatan kehidupan seharian kita. JIka apa yang kita buat itu bercanggah dengan apa yang disuruh oleh Allah, macam mana ketenagan itu dapat diraih.. Sebagai contoh, si suami kaki botol, berkahwin dengan seorang wanita. Maka. adakah hubungan mereka suami isteri akan diberkati jika si suami tidak bertaubat dan berusaha untuk berubah? Adakah ketenangan dapat diraih? Kesabaran adalah aspek yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Contoh, jika si isteri dapat suami seperti ini, maka hendaklah sentiasa menegur dan terus menegur sehinggalah si suami sedar akan kesilapannya, lantas berubah.. Maka apabila kedua2 suami dan isteri bersungguh meninggalkan maksiat, maka ketenangan dan kebahagiaan itu dapat diraih..  


BEBERAPA laman web yang berkongsi tentang baitul muslim: Ingin saya kongsikan di sini >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam? 
 
Pertama
, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan.  Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.  

Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.  

Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. 

Keempat,  menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu. 

Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.

Keenam, menghiasi  rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya. 

Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Baitul Muslim, saya mendengar kalimah itu sejak di 


sekolah menengah. Apabila disebut sahaja Baitul Muslim, 

ramai yang akan tersenyum simpul. Masing-masing 

membayangkan Baitul Muslim itu sebegini :

  • Mencari jodoh : ini hanya salah satu peranan, bukan tujuan utama.
  • Istikharah : sebenarnya istikharah bukan untuk isu jodoh semata-mata, tujuan sebenar istikharah adalah untuk memohon bimbingan Allah dalam setiap tindakan kita, dari sekecil-kecil hal, hinggalah yang sebesar perkara, dengan harapan, ada rasa kebersamaan Allah dalam setiap keputusan.
  • Ciri-ciri pasangan yang ideal : bercerita soal ciri-ciri tidak akan pernah habis, persiapkan diri ke arah ciri-ciri yang diimpikan.
  • Cara-cara memilih pasangan yang baik :
 "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)
  • Bercinta dengan cara Islam : cinta itu fitrah, tidak membenarkan cinta bererti membunuh kualiti sebenar seorang Muslim, namun ada caranya.
Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukan sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah mujtama' Muslim, daulah Islamiyyah, khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk istazi'atul 'alam.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> sumber dari http://www.iluvislam.com <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

NAH, masih banyak lagi yang perlu dipersiapkan dalam aspek pembinaan Baitul Muslim itu sendiri.. Individu Muslim haruslah dilahirkan terlebih dahulu bagi menghasilkan Baitul Muslim dan seterusnya.. Akhir kata, berpegang teguhlah kepada al-Quran dan as-Sunnah, agar kita tidak sesat ditelan arus.. Ayuh, bersama persiapkan diri, meniti perubahan, mendamba redha ILAHI.... Aminn...

Wallahua'lam.. Sekian entri kali ini..Wassalam

_mushrOOm_




Comments

Popular Posts