#Cerpen: Hanya Kamu (full)
Kuala
Lumpur
3.00
petang
Bas Rapid KL sedang bergerak perlahan
di atas jalan raya yang licin. Hujan turun tidak berhenti – henti sejak pagi
tadi. Sesetengah kawasan sudah pun ditenggelami air berikutan banjir kilat.
“Grr..Dummmm!!”
Khairil tersentak tiba-tiba. Dia yang
sedang mengelamun dalam pejabatnya semenjak tadi tiba-tiba tersedar. Bunyi
guruh yang disertai dengan kilat yang sangat kuat telah menyedarkannya kembali
ke alam nyata.
“ Ya Allah, astaghfirullahala’zim..
Dari tadi aku mengelamun rupanya. Dah lah kerja banyak lagi yang tak siap ni.
Hmm..”
Khairil mengeluh panjang. Dia perlu
menyiapkan marketing planning
syarikatnya untuk tahun hadapan secepat mungkin. Walaupun dia orang kepercayaan
CEO syarikatnya, namun, dia tidak mahu mengambil kesempatan dengan menyiapkan
tugasan sambil lewa.
“Tok..Tok!!” Pintu pejabat Khairil diketuk dari luar.
“ Masuk!” Perintah Khairil.
Pintu dibuka. Kelihatan seorang gadis
yang bertudung litup masuk ke dalam pejabat Khairil lalu berjalan menghampiri mejanya.
“Assalamualaikum. Encik Khairil, saya
dah siapkan semua yang encik mahukan. Ada apa-apa lagi yang saya kene buat?”
Seketika, Khairil merenung
setiausahanya itu.
“ Rasanya dah tak ade apa-apa lagi.
Tapi, tolong buatkan saya secawan green
tea.”kata Khairil sambil memicit-micit kepalanya.
“Baik encik. Sekejap saya buatkan.”
ujar Alia sambil melangkah keluar dari bilik Khairil.
Baginya, bosnya itu seorang yang baik,
namun sangat tegas. Sepanjang dia bekerja bersama Khairil, tidak pernah
sekalipun Khairil mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
“ Entah ape la masalah dia kali ni. Ya
Allah, tabahkanlah hatinya. Amiin.” kata Alia, sendiri.
Sejurus setiausahanya itu keluar dari
biliknya, Khairil bergerak menuju ke sofa yang diletakkan di ruang tamu dalam
pejabatnya. Di situlah tempat dia menenangkan fikiran ketika fikirannya
berserabut. Merenung ikan – ikan yang berenang di dalam sebuah akuarium besar
di sudut biliknya, benar-benar membuatnya tenang, setenang ikan yang berenang.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang
diletakkan dalam reef tank itu.
Antaranya, percula clownfish, blue
damsel, hippo tang dan skunk shrimp.
Bagi Khairil, ikan laut lebih menarik berbanding ikan air tawar kerana warnanya
yang sangat terang. Walaupun penjagaannya yang rumit, dia tetap meminatinya.
Apa yang dirunsingkan oleh Khairil
pada ketika ini adalah tentang hari lahir Batrisya, kekasih hatinya, merangkap
tunangnya. Dia tak mungkin lupakan tarikh yang begitu penting buat dirinya.
Tarikh di mana mereka berdua ditunangkan, tarikh hari lahir tunangnya, tarikh
di mana dia mula-mula berkenalan dengannya.
Dia harus membuat yang terbaik pada hari
lahirnya kali ini. Batrisya orang yang paling banyak memberinya semangat, yang
sentiasa menyokong tika jatuh dan bangun bisnesnya.
“ Ya, aku mesti buat yang terbaik!”
********************************************************************
Kedai barang kemas Habib Jewel yang terletak di dalam sebuah pusat
membeli belah terkemuka itu semakin dipenuhi pengunjung. Di suatu sudut,
kelihatan Khairil sedang memerhati rantai leher yang dipamerkan dalam tempat
kameran berkaca itu.
“Encik nak cari pattern yang macam mana ye?” soal pekerja di situ kepada Khairil.
“Saya nak cari yang agak simple, tapi special.. ” ujar Khairil sambil tersenyum.
“Wah..! Untunglah sape yang memakainya
nanti.. Cuba encik tengok yang ni. Macam mane?”
“Emm..Cantik jugak.. Tapi, boleh tak
awak tunjukkan yang ni..” sambil menunjukkan ke arah seutas rantai yang dihiasi
dengan batu permata yang bersinar. Terdapat bentuk hati yang menjadi loketnya.
Menambahkan seri pemakainya,
“Yang ni pun cantik jugak encik.
Sangat sesuai la kalau encik nak beri kat orang yang tersayang.”
“Ermm. Oklah. Saya nak yang ni.”
*****************
Kotaraya metropolitan ini sentiasa
sibuk walaupun matahari telah lama terbenam. Semua penghuninya berlumba-lumba
bersaing untuk mengejar kesenangan hidup. Tidak kurang pula yang sentiasa
berfoya-foya dengan nikmat dunia yang sementara.
Sebuah kereta BMW 5 series membelah kesunyian malam di sebuah
kawasan perumahan menuju ke tengah kotaraya. Destinasinya adalah sebuah
restoran yang terletak di tengah-tengah kotaraya. Sebuah restoran yang sangat
terkenal dengan keenakan masakannya, juga cukup terkenal kerana dilabel sebagai
restoran yang mewah.
“Ape kena pulak la dengan si Khairil
ni. Buang tebiat ke ape ajak aku pergi restoran mewah macam tu.” Getus hati
Batrisya.
Dia langsung tidak ingat bahawa hari
tersebut adalah hari lahirnya. Dia sibuk memikirkan kerjanya sehingga terlupa
tarikh hari lahirnya. Siang tadi, Khairil menelefonnya menyuruhnya datang ke
restoran tersebut. Dia lansung tidak tahu kenapa. Khairil memberitahunya bahawa
ada kejutan untuknya.
Batrisya juga seorang yang tidak suka
bermewah-mewahan dalam hidupnya. Cukuplah hanya mempunyai kereta idaman, sebuah
banglo yang diimpikan selama ini. Walaupun dia
mampu lebih daripada itu, tetapi dia tidak kisah. Asalkan dia dapat
bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah dan mempunyai tempat
berteduh yang sempurna. Setelah memarkir kereta, dia disambut oleh dua orang
pekerja restoran tersebut.
“Selamat datang cik! Saya Adam dan ni
Hawa. Encik Khairil menugaskan kami untuk mengiringi cik ke tempat yang telah
ditetapkan.”
Batrisya terpaku sebentar. Sangat-sangat
terkejut. Hanya itu sahaja yang boleh menggambarkan perasaannya ketika ini.
Hatinya berdegup pantas.
“Argh.. Ape pulak la ni.. Kenapa
sampai macam ni?” getus hati kecilnya.
“Err..cik, jom kami bawakan..”
tiba-tiba Adam bersuara kembali.
Mereka melangkah ke pintu masuk.
Sebaik sahaja kaki Batrisya melangkah ke dalam restoran tersebut, dia terpaku
melihat restoran ini yang begitu indah dihiasi lilin dan semua pekerja dan chef
beratur menunggu kedatangannya. Dia tidak mampu berkata-kata. Tiba-tiba,
kedengaran bunyi biola dimainkan. Pemain biola datang dari arah hadapannya
sambil memainkan lagu ‘Happy Birthday’.
Serentak dengan itu, Khairil tiba-tiba
keluar membawa sebiji kek di tangannya.
“Selamat hari lahir, Iesya. Semoga
Allah merahmati awak dan saya doakan semoga awak sentiasa berjaya di dunia dan
di akhirat.”
Tersentak Batrisya melihat keadaan
itu. Baru dia tersedar bahawa hari ini adalah hari lahirnya. Mengalir air
matanya. Laju. Perasaan gembira bercampur terharu. Lebih terharu,apabila ibu
dan ayahnya muncul di hadapannya. Tanpa menunggu sesaat, dia segera memeluk
ibunya. Kemudian memeluk ayahnya pula.
“Terima kasih ma, pa. Terima kasih,
awak.” Ucapnya sambil memandang ke arah Khairil.
“Jom, masuk ke dalam.” Ujar ayahanda
Batrisya.
Nama sebenarnya Dato’ Haji Abdul Malik,
namun mesra dipanggil Dato’ Abdul Malik. Beliau merupakan pengasas dan pengarah
kepada sebuah syarikat penerbitan majalah dan novel. Beliau merupakan salah
seorang usahawan yang berjaya. Memiliki 25 buah cawangan di seluruh negara.
“Jom Iesya, mama dah lama tunggu tau.
Lapar ni..” Ujar Datin Sofia, ibu Batrisya.
“Mama ni..! Sape suruh ma tak cakap
awal-awal. Iesya saja datang lambat-lambat. Sebab Iesya tak tahu Khairil nak
buat ape.. Iesya langsung tak ingat hari ni birthday
Iesya. Seriously, sibuk manage company je.”
“Amboi anak mama ni, sibuk mengalahkan
wakil rakyat..” usik Datin Sofia lagi.
“Well,
tengok la sape papa die..” ujar Batrisya sambil tergelak kecil.
“Aik, papa pulak yang kene? Ape pun
tak boleh..” kata Dato’ Abdul Malik sambil tertawa.
Seusai mereka duduk di meja hidangan, mereka
dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Khairil telah meminta
buah-buahan dihidangkan terlebih dahulu kerana di dalam buah-buahan terdapat
pelbagai khasiat. Di samping itu, memakan buah-buahan dahulu sebelum makan
benda-benda yang berat dapat memudahkan penghadaman dan zat-zat yang penting
untuk tubuh dapat diserap dengan lebih berkesan.
“Sape punye idea ni ma?” soal Batrisya,
ingin tahu.
“Alah,buat-buat tanye pulak. Khairil
la. Sape lagi. Mama ngan papa follow
je.”
“Habis tu, mane customer lain ma?”
“Dieorang ade kat bahagian lain.
Restoran ni kan besar. Bahagian ni, Khairil sewakan khas untuk Iesya.”
“Khairil! Membazir je la buat semua
ni.” Ujar Batrisya. Terasa dirinya seperti puteri raja sehingga dilayan
sebegitu rupa.
“ Alah, bukannye selalu pun. Sekali
setahun je. Lagipun, Khairil nak mintak maaf pasal hari tu, Khairil ade buat
Iesya marah.”
“Haish, tak lah. Iesya just gurau je hari tu. Ape la Khairil
ni.” Jawab Batrisya sambil tergelak kecil. Dia terasa sangat bahagia ketika
itu.
“By the way, mane mama and babah Khairil?” soal Batrisya yang
telah tertanya-tanya dari tadi.
“Oh, lupa nak bagitahu. Mama ngan babah
Khairil ade kat Aussie. Urusan
bisnes. Tu yang tak de malam ni. Sorry
lah.”
Dato’ Anuar, bapa Khairil, memiliki
sebuah syarikat perkapalan yang terkenal di Asia Tenggara. Beliau telah pergi
ke Australia untuk menguruskan urusan syarikatnya di sana dengan ditemani
isterinya, Datin Amira.
“Ooo..macam tu pulak.. Lain kali
bagitahu la awal-awal kat Iesya.” Kata Batrisya, agak kecewa.
Pelayan restoran menghidangkan
hidangan seterusnya. Udang galah atau lobster
masak tiga rasa, ikan siakap sweet and
sour, tom yam udang, dan kerabu sotong. Sayuran pula mixed vegetables in oyster sauce dan mushroom soup with tang hoon. Khairil memilih tema laut bagi menu
pada malam ini. Dia tahu bahawa Batrisya sangat menyukai makanan laut.
“Ya Allah, banyaknya menu! Sedap-sedap
pulak tu.” Kata Batrisya yang begitu terkejut melihat menu yang begitu banyak
yang dihidangkan secara serentak, memenuhi meja di hadapannya.
“Ni semua, khas untuk Iesya. Kan Iesya
suka makan seafood.” Ujar Dato’ Abdul
Malik.
“Wah, dahsyatnye! Besarnye lobster tu pa!”
“Tu, Khairil yang pilih. Iesya kan
sangat suke lobster. Khairil dah suruh Chef Danial masak yang paling sedap dan
yang paling fresh.” Terang Khairil sambil tertawa melihat gelagat Batrisya.
“Kalau ye pun, baca la doa dulu. Hah,
Khairil, baca doa.” Sampuk Datin Sofia pula.
“Yelah. Bismillahirrahmanirrahim.....”
Khairil membaca doa makan, disambung dengan doa selamat untuk Batrisya.
“Amiin.” Serentak mereka mengaminkan
doa setelah Khairil selesai membacakannya dengan penuh nada mengharap. Bagi
Khairil, doa adalah sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Oleh itu,
setiap kali berdoa, dia benar-benar mengharap kepada penciptaNya.
Setelah mereka selesai menjamu selera,
mereka berborak dulu seketika sambil menghirup teh. Begitu melegakan. Teh hijau
yang terbaik sahaja yang dihidangkan di restoran itu.
“Papa, Khairil rasa dah tiba masanya
majlis akad nikah kami dilangsungkan. Dah 3 bulan kami bertunang. Tak elok
kalau bertunang lama-lama.” Kata Khairil tiba-tiba.
“Papa pun rasa macam tu jugak. Eloklah
tu. Nanti papa uruskan. Babah dah tahu?”
“Belum. Nanti saya maklumkan pada
babah. Iesya setuju kan?”
“Err..Tak terlalu awal ke? Iesya
takutlah.” Ujar Batrisya.
“Kenape nak takut pulak? Papa ngan
mama okey je kahwin.” Seloroh Dato’
Malik dalam nada bergurau.
“Yelah, tanggungjawab akan jadi
banyak. Macam- macam benda boleh jadi pa.”
“Papa yakin dengan Iesya. Ilmu rumah
tangga pun dah banyak yang Iesya pelajari. Lagipun, macam kata Khairil, tak
elok bertunang lama-lama.”pujuk Dato’ Abdul Malik.
“Yelah pa. Kalau tu yang pa decide, Iesya akan cuba yang terbaik.
Ok?” kata Batrisya sambil tersenyum.
“Fuuh.. Lega saya..” sampuk Khairil
sambil tertawa.
“Tak sabar nampak. Eei..gatal!” balas
Batrisya sambil tergelak kecil. Dalam hatinya telah terasa kebahagiaan yang
bakal dinikmati bersama Khairil, satu-satunya jejaka yang dicintainya.
Dato’ Abdul Malik dan Datin Sofia yang
memerhati gelagat mereka dari tadi turut tertawa.
“Ya Allah, biarlah kebahagiaan mereka
ini berkekalan hingga ke akhir hayat mereka..Amiin.” doa Datin Sofia dalam
hati.
Setelah segala juadah dinikmati, Dato’
Abdul Malik dan Datin Sofia meminta diri. Kerana hari dah agak lewat malam,
mereka ingin segera pulang. Setelah menghantar mereka ke kereta, Khairil
mendekati Batrisya yang sedang berdiri bersebelahan dengan keretanya.
“Iesya, bawak kereta hati-hati ye..and..this is a gift for you. Balik rumah
nanti baru bukak.” Kata Khairil sambil menghulurkan sebuah kotak empat segi
berwarna biru. Kotak tersebut dibalut dengan kain baldu yang lembut dan
terdapat satu riben kecil di bucu kanannya.
“Ape ni Khairil? Susah-susah je. Tadi
pun dah shock. Ade lagi kejutan. Awak
ni..” kata Batrisya.
“Ambiklah. Tak de ape-ape pun. Just a small gift for a nice person like you.
Khairil harap Ieysa suke.”
“Yelah. By the way, thanks ye untuk semuanya. I really appreciate it. Ok lah, Iesya balik dulu ye. Khairil pun
jangan balik lewat sangat. Esok kerja. Assalamualaikum.”kata Iesya sambil
memasuki keretanya.
“Waalaikumussalam. Pandu elok-elok”
Khairil memerhati kereta Batrisya
bergerak sehingga hilang dari pandangan. Dia akui, dirinya amat menyayangi
Batrisya lebih daripada dia menyayangi dirinya sendiri.
Batrisya pulang dengan hati yang
gembira. Dia sangat terharu kerana inilah buat pertama kali dalam hidupnya, dia
menyambut hari lahirnya dalam suasana yang begitu istimewa. Sedang dia memandu,
dia sesekali menjeling ke tempat duduk di sebelahnya. Kotak biru yang diberikan
Khairil berada di situ. Hatinya berbunga riang dan dia berasa sangat tidak
sabar untuk sampai ke rumah untuk membuka kotak tersebut.
“Sayang awak .” Bisiknya sendiri.
***********
“Khairil, thanks
for today. Tinggal bahagian katering je lah kan?” Soal Batrisya semasa
melangkah ke tempat keretanya diparkir. Selesai sudah bahagian persediaan
untukk majlis perkahwinannya nanti.
“Yup.
But that one my mom dah uruskan. Katering yang terbaik dari kawan saya. So, dah selesailah semua. Tinggal tunggu
hari dan saatnye sahaja.”
“Oh, great! Thanks again. Ok then.
Saya balik dulu ye.” Kata Batrisya sambil membuka pintu keretanya.
“Eh, jap..awak nak tumpangkan saya
kan?” kata Khairil tiba-tiba.
“Eh, mane ade!! Tak payah nak mengada.
Balik dengan kereta awak tu.” Balas Batrisya sambil memuncungkan bibirnya ke
arah kereta milik Khairil.
“Yelah, yelah.” Ujar Khairil sambil
memasamkan mukanya. Pura-pura merajuk.
“Tak payah nak merajuk sangatlah. Tak
nak pujuk pun.” Kata Batrisya sambil ketawa.
“Ok..takpe..takpe..siap lah awak
nanti..”balas Khairil lagi.
Setelah Batrisya berlalu pergi,
barulah Khairil menaiki keretanya, terus menuju ke lebuhraya untuk pulang ke
rumah.
Batrisya memandu keretanya dengan
tenang. Dia menggunakan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke rumahnya di
Seksyen 2. Baginya, memandu kenderaan tidak boleh tergopoh-gapah, tetapi harus
memandu dengan cermat agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku.
Batrisya menyambungkan rangkaian bluetooth mp3 iphonenya dengan audio
keretanya. Dia memasang lagu-lagu dari iphonenya.
Kedengaran lagu What Makes You Beautiful dari kumpulan One Direction. Batrisya
kembali fokus kepada pemanduannya. Tiba-tiba, dia menyedari sesuatu. Dia
merasakan dirinya diekori!
“ Eh, kenapa pulak kereta belakang ni
macam ikut aku je dari tadi?”soalnya sendiri.
Batrisya meneruskan pemanduannya tanpa
menghiraukan kereta yang berada di belakangnya. Namun, dia tetap berwaspada.
Timbul pula rasa takut dan berdebar-debar di hatinya. Pantas, dia memikirkan
sesuatu untuk menghilangkan diri dari kereta yang mengekorinya itu. Akhirnya,
dia terfikir satu idea. Pandu terus ke balai polis. Ya. Dia yakin yang
rancangannya pasti berjaya.
Setelah memberi isyarat, dia terus
membelokkan keretanya ke jalan yang dilalui orang ramai sambil memecut terus ke
balai polis. Dia memerhatikan cermin sisi, melihat-lihat jika kereta tersebut
masih mengekorinya.
“Ahh..!! Sape pulak ni??”Batrisya
berkata sendiri.
Akhirnya, dia ternampak satu signboard
polis 100 meter dihadapannya. Terus saja dia membelokkan keretanya memasuki
kawasan hadapan balai polis tersebut. Dia segera memarkir lalu bergegas keluar
dari keretanya. Batrisya memerhatikan kereta yang lalu lalang di luar pagar,
ternyata kereta tersebut telah pun berlalu pergi. Berhasil juga rancangannya.
“Siapa dia? Apa yang dia
nak?”berbagai-bagai soalan timbul di benaknya, lalu dia mengambil keputusan
untuk melaporkannya kepada pihak polis.
“Alang-alang
dah ada kat sini, baik aku buat report
terus.” Kata Batrisya dalam hati.
**************************
**************************
“Riana! Tolong susun semua bread ni
atas rak tu, and then awak jaga kaunter sekejap ye. Saya nak pergi solat
kejap.” Jerit Puan Hasnah, selaku pemilik franchaise kedai tersebut.
Sudah bertahun dia menjalankan perniagaannya di kota metropolitan tersebut.
“Baik puan!” jawab Adriana Natasya
dengan penuh bersemangat. Maklumlah, dia adalah orang kepercayaan di kedai
tersebut. Jika Puan Hasnah mengikuti kursus di mana-mana, dialah yang akan
menjadi supervisor pada masa tersebut.
Adriana menyusun segera roti-roti yang
baru sahaja siap dipacked di atas rak tersebut. Kemas, teratur dan
bersih. Itulah yang menarik pelanggan untuk sentiasa berkunjung dan membeli di
QiuBakery Shop, tempat di mana Adriana bekerja sekarang. Adriana leka menyusun
dan mengemas rak pameran supaya nampak kemas dan teratur, sehinggakan dia tidak
menyedari bahawa seorang pelanggan sedang menunggu di kaunter untuk membuat
pembayaran.
Khairil mengeluarkan dompetnya untuk
membuat pembayaran. Dia membeli sebantal roti dan juga curry puff
kegemarannya.
“Ish, mana pulak pekerja ni. Aku nak
bayar ni.”getusnya sendiri.
“Cik, saya nak bayar ni!” Laung
Khairil kepada seorang pekerja yang beruniform lengkap, yang sedang menyusun
atur rak pameran di tengah-tengah kedai tersebut.
“Ye, ye! Kejap ye encik..!” Adriana
bergegas ke kaunter bayaran.
Sampai sahaja di kaunter, dia segera
mengimbas barkod dengan scanner.
“Semua sekali RM4.80 encik.” Kata
Adriana dengan seulas senyuman, berharap kemarahan pelanggannya itu dapat
diredakan.
“Nah, ini duitnya.” Kata Khairil
sambil menghulurkan sekeping not RM5 kepada Adriana.
“Encik bagi saya lima ringgit, jadi
bakinya 20 sen. Nah, ini baki dan resitnya. Terima kasih encik, datang lagi
ye!”balas Adriana seramah mungkin.
Setelah jejaka tampan di hadapannya
berlalu keluar, di menepuk dahinya sendiri.
“Adess! Asal la aku tak sedar ada
customer masuk tadi! Hish! Riana, Riana.... Ape la nak jadi dengan kau ni.
Nasib baiklah encik kacak kite tu tak marah. Kalau tak.....” katanya sendiri
sambil tersengih memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi.
“Sha, awak pergi kitchen, tanya
chef, banyak lagi tak chicken floss bread tu?”kata Adriana sambil
menunjukkan ke arah rak pameran di bucu ruang pameran tersebut.
“Baik Cik Riana.”ujar Shahira, salah
seorang pekerja di situ. Tanpa banyak soal, dia terus melaksanakan apa yang
telah diarahkan oleh orang atasannya itu.
Adriana kembali menyambung tugasnya di
kedai itu. Sesekali, kerinduan pada bonda tersayang menggamit hatinya.
**************
“Khairil, maafkan saya. Terima kasih untuk
segalanya.” Kata Batrisya tiba-tiba. Batrisya terus berpaling ke belakang, lalu
berjalan seolah-olah mahu berjalan pergi dari situ.
“A..A..Awak nak pergi mana?” tanya Khairil
lagi. Namun, Batrisya tidak menjawab. Batrisya memalingkan mukanya ke arah
Khairil dan hanya tersenyum. Batrisya terus berjalan, meninggalkan tempat
tersebut.
“Iesya!! Nak pergi mana tu?? ” jerit Khairil. Dia cuba
bergerak untuk mengejar Iesya. Namun, kakinya kaku. Tidak mampu untuk dia
menggerakkan kakinya.
Iesya semakin hilang dan jauh dari
pandangan Khairil.
“Batrisya!!!!”
Khairil terduduk dari tempatnya
berbaring. Nafasnya naik turun laju. Jantungnya berdegup kencang. Dia terjaga
dari tidurnya. Dia menyedari bahawa dia bermimpi sebentar tadi. Dia meraup
mukanya.
“Ya Allah..aku bermimpi rupanya..”
monolog Khairil sendiri. Namun, dia masih lagi berdebar-debar. Fikirannya masih
tertanya-tanya. Mengapakah dia bermimpi sebegitu. Dia terasa mimpinya seperti
benar-benar berlaku.
Dia melihat jam locengnya. Pukul 4.30
pagi. Bangkit dari katilnya,membetulkan urat, lalu mengucapkan alhamdulillah. Dia
bersyukur masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup di atas dunia ini. Dia
terus menuju ke bilik air untuk berwuduk. Setelah menyalin pakaian, dia
menunaikan solat sunat tahajjud dan diteruskan pula dengan solat hajat. Memohon
kepada Allah S.W.T memudahkan persiapan dan perjalanan majlis pernikahannya
yang akan diadakan dua minggu lagi.
Usai menunaikan solat, Khairil
mengambil senaskhah al-Quran lalu membacanya. Sementara menunggu waktu subuh,
ada baiknya dia mengisi masa lapang dengan mengaji fikirnya. Tambahan pula,
dirinya masih terkejut dengan mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Dia ingin
menenangkan perasaannya yang sedang bercelaru ketika ini.
***************
Peristiwa diekori oleh kereta misteri
beberapa hari lepas masih lagi tidak diberitahu kepada sesiapa. Dia tidak mahu
memberitahu sesiapa lagi sebelum sahih yang dia memang benar-benar diekori.
Namun, kini dia lebih berwaspada untuk segala kemungkinan. Dia juga telah
menyuruh pihak polis membuat rondaan di sekitar kawasan rumahnya.
“Waduh..banyaknye kerja company yang kena siapkan.. Dahla pening
dengan orang yang ikut aku tuh..” Batrisya bermonolog sendiri. Tiba-tiba,
telefon bimbitnya berbunyi.
“Sape pulak pagi-pagi buta dah hantar
mesej kat aku ni?”Batrisya berkata sendiri.
‘Kad jemputan dah siap. Jom deliver. Untuk
saudara, pass kat parents kita. Kita deliver yg kwn2 je.’
“Adoi.. kene call nih..” getus
Batrisya dalam hati.
Tangannya terus mendail nombor telefon
Khairil.
“Helo.. Assalamualaikum.. Awak, kenapa
awal sangat nak kena deliver? Kan lambat lagi?”
“Takdenye lambat lagi.. Ok, saya
dengan papa awak akan datang kejap lagi. Awak bersiap lah.”
“Yela, yela.. Bye. Assalamualaikum.”
Batrisya mematikan talian. Dia
terpaksa akur juga akhirnya. Kalau diikutkan hati, memang dia terasa malas
untuk keluar pada hari tersebut. Tiba-tiba dia teringat akan kejadian dia
diekori. Dirinya masih memerah otak, mencari
segala kemungkinan, siapakah sebenarnya yang mengekorinya. “Entah-entah,
musuh company papa tak?” getus hati kecilnya. Membuat andaian dan spekulasi
tentang identiti sebenar orang yang mengekorinya.
Setelah selesai bersiap, dia keluar ke
halaman rumah untuk menghirup udara segar dan menikmati pemandangan yang hijau.
Satu rutin harian yang baik untuk mata. Sedang dia menikmati pemandangan yang
menyegarkan tersebut, tiba-tiba dia nampak satu kelibat di luar pagar rumahnya.
Jantung berdegup dengan laju. Terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan gambaran
di luar rumahnya sekarang ini. Hatinya berasa tidak tenang.
“Ya Allah, Engkau jauhkanlah segala
bala-bencana dari diriku. Kau jauhkanlah segala kejahatan yang mendekati
diriku. Aku merayu padaMu, ampunkanlah segala dosaku, dosa ibu bapaku juga
semua muslimin dan muslimat yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal
dunia. Aku bermohon padaMu, matikanlah aku dalam beriman kepadaMu. Aku naik
saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Tidak semena-mena, itulah yang terucap
di bibir Batrisya. Entah kenapa, tiba-tiba terasa begitu sayu dan sebak
hatinya. Sedang air matanya mengalir, jari jemarinya pantas menaip satu sms
pendek kepada tunangnya.
‘Maafkan Iesya’
Selesai menekan send, dia
mencekalkan hatinya, lalu bergerak untuk masuk ke rumahnya selepas dia berasa
tidak selamat lagi untuk berada di luar. Semasa dia bergerak ke arah pintu
masuk rumahnya, tiba-tiba, satu lembaga menerpa ke arahnya dari belakang.
“Kau ikut cakap aku! Kalau tidak, kau
akan ku bunuh!!” tengking lembaga tersebut dari arah belakang sambil mengacu
pisau di belakang badan Batrisya.
“Kau sape?? Apa yang kau nak??” soal
Iesya, membentak. Namun, dia masih belum memalingkan mukanya mahupun badannya
ke belakang.
“Ahhh!! Itu tak penting. Kau tak perlu
tahu. Yang penting sekarang, kau ikut ape yang aku suruh!”
Menyedari nyawanya dalam bahaya,
Batrisya terpaksa berfikir dengan pantas.
“Apa yang kau nak aku buat!!??” ujar
Batrisya dengan kasar, sambil meronta untuk dilepaskan.
Dalam keadaan yang mencemaskan itu,
Batrisya memalingkan badannya ke belakang dan tiba-tiba....
“Zapp!!”
***********
Khairil merenung kosong ke arah
secawan kopi yang berada dalam cawan di hadapannya. Sengaja dia singgah di
QiuBakery Cafe’ untuk mengurangkan stress kerjanya. Kopitiam itulah yang
selalu disinggahinya kerana kualiti produk yang dikeluarkan oleh syarikat
tersebut.
“Ye encik. Ada apa yang boleh saya
bantu?”tegur Adriana, selaku manager yang membuat pemantauan pada hari
tersebut. Dia terlihat Khairil memanggilnya sebentar tadi.
“Saya nak one set of mushroom soup
with garlic bread.”
“Okey, boleh. Encik tunggu sekejap
ye.”
Adriana berlalu pergi.
“Aku rase macam familiar je
muke die tuh. Setia betul die dengan company ni.”
Selang lima minit, Adriana datang
membawa apa yang telah dipesan oleh Khairil sebentar tadi.
“Ni ye encik. One set of mushroom
soup with garlic bread.”
“Err, ok. Thanks. Cik ni bukan
ke yang kerja kat QiuBakery Shop di Damansara ke?”
“Eh, encik ni yang tiap-tiap minggu
datang beli bread kan??”soal Adriana, teruja.
“Yup, that’s me. Boleh saya
pinjam masa awak sekejap. Sila duduk.”
“Err..okey, tapi lima minit je.”
Adriana berkata sambil menarik kerusi untuk duduk.
“Setia betul awak dengan company
ni ye?”
“Ish..dah dengan company ni la
saya cari rezeki encik.”
“Oo.. tak payah la ber ‘encik’ dengan
saya. Just call me Khairil. Awak?”
“Oh, Khairil. Saya Adriana. Adriana
Natasya.”
“Wah.. sedapnya name. Same macam tuan
dia.” Usik Khairil sambil tergelak kecil.
Adriana hanya tersenyum kecil.
“Sebenarnya, encik ni ada apa ye?”
Adriana serius kembali.
“Ye, ye. Apa position awak kat company
ni ye?”
“Oh. Saya sekarang ni manager
di marketing department. Erm, kenapa Khairil nak tahu?”
“Ni kad saya. Sekarang ni company saya
tengah cari someone yang boleh uruskan bahagian marketing. Just like your
position right now. Soal gaji, tak payah risau. Just state it.”
“Erk..saya tak boleh buat keputusan
sekarang Khairil. Just, give me time untuk fikir dulu.”
Adriana tidak tahu apakah keputusan
yang harus dilakukan. Ya, benar, telah lama dia bekerja di company yang dia
bekerja sekarang. Terasa sayang pula jika dilepaskan. Tapi, ini juga satu
peluang untuk dia mencari pengalaman baru, dengan product line yang
baru. Boleh dia matangkan lagi pengalamannya dalam marketing.
“Okey. Tak de masalah. Saya bagi awak
satu minggu untuk fikir dulu. Lepas tu, sy call awak. Sekarang ni position
tu masih kosong dan saya masih lagi tercari-cari orang yang berpengalaman untuk
uruskan department tu. Awak boleh kaji selidik dulu latar belakang company
saya, our product line, the SWOT analysis for last year, and the income for
the second quarter di website dalam kad tu, ok.”
“Ermm..okey. Terima kasih. Saya pergi
sambung kerja saya dulu ye.”
“Sila, sila.. maaf ambil masa awak.”
Mata Khairil hanya mengekori pergerakan
Adriana di hadapannya, sehinggalah dia berlalu pergi.
“Subhanallah! Cantiknya dia!” bisik
Khairil dalam hati.
******************
“Mama tak boleh buat macam ni! Khairil
tak kenal pun dia. Mana boleh Khairil kahwin dengan orang yang bukan setakat
tak cinta, kenal pun tak!”
Khairil memang tidak menyangka yang
mamanya akan mencari jodoh untuknya.
“Khairil, dengar cakap mama. Dah dua
tahun, Khairil..peristiwa tu dah berlalu dua tahun dah.. sampai bila lagi
Khairil nak menyendiri dan makan hati macam ni? Sekurang-kurangnya mama nak
tengok ada yang akan jaga makan minum Khairil bila mama dah pergi.”
Khairil terasa sebak. Sedih, pedih.
Itulah yang dirasainya ketika peristiwa itu berlaku. Terlalu sukar dan pahit
untuk ditelan. Ya, dia amat mencintai tunangnya, Batrisya. Tetapi jodoh mereka
berdua tidak panjang. Masih dia teringat sms terakhir itu. Masih dia teringat
suasana kelam kabut di rumah Batrisya, penuh dengan orang ramai dan juga pihak
polis. Batrisya dibunuh dengan kejam oleh musuh perniagaan papa Batrisya
sendiri! Mujurlah pembunuh itu dapat ditangkap dan telah pun dihukum.
“Khairil, dah la tu. Let bygone be
bygone. Mama tak nak anak mama asyik sedih macam ni je. Babah kamu pun dah
setuju pasal ni. She’s really a nice, gorgeous woman. Mama rase, Khairil
akan bahagia dengan dia dan itulah yang mama doakan untuk Khairil setiap hari.
Kebahagiaan anak mama. Please Khairil. Just accept her.”
“Okey ma. Kalau itu yang boleh buat
mama and babah happy, I accept. Tapi ma, Khairil tak tahu if I can
love her or not.”
“Masa akan menentukan segalanya
Khairil. Percayalah.”
*********
“Adriana, macam mana dengan market
share kita sekarang ni? Demand for our products?” soal Khairil
sebaik sahaja dia terserempak dengan Adriana.
“Oh, bos.. semua ok bos. Don’t
worry.” Jawab Adriana, kelam kabut.
Tak sangka pulak dia boleh terserempak
dengan bosnya di situ.
“Dah lunch? Jom. My treat.”
“Erm, belum. Boleh jugak. Ok.”
Mereka beriringan ke sebuah restoran
berhampiran dengan pejabat. Sudah sebulan Adriana bekerja di situ dan dia
semakin selesa dengan bos barunya.
“Tu je yang awak makan?” soal Khairil
apabila terlihat pinggan Adriana yang hanya terdapat sedikit makanan.
“Saya memang tak makan banyak bos.” Jawab
Adriana, tersengih.
Mereka mula menikmati makanan yang ada
di hadapan mereka.
“Bos, saya nak tanya satu soklan boleh
tak?” soal Adriana, memecah kesunyian antara mereka berdua.
“Yup. Silakan.”
“Bos tak kahwin lagi?”
Hampir tersedak Khairil mendengar
soalan cepu mas Adriana tadi.
“Yup. Belum. But actually, my mom
dah arrange pertunangan dengan someone. Minggu depan kami bertunang
and 3 days after, kami bernikah. But the worse thing, saya masih
belum kenal bakal tunang saya tu.”
“Really?? Then, bila bos
nak kenal dengan dia?”
“Lusa. My mom akan bawak saye
jumpa family die lusa. Mase tu, saya boleh la tengok bakal tunang saya
tu.”
“Oooh.. I wish the best for you.
Saya bukan nak menyibuk bos. Just pelik la. Bos sume bende dah ade, tapi
tak kahwin-kahwin lagi.”
“Ish awak ni. Dah awak tu bila? Saya tengok
dah semakin berkedut jugak muka tu!” Khairil berseloroh sambil tergelak.
“Bos!! Tak baik la bos ni. Saya tak
tua lagi la. Matang jerrr.. saya pun tak tahu la bos. Tapi parents saya ade
cakap yang ade orang nak masuk meminang saya tak lama lagi. Saya sendiri tak
tahu sape.”
“Alamak! Melepaslah saye nampaknye..”
“Takdek maknenye la bos ni. Marah pulak
bakal tunang bos nanti.”
“Yela. Cepat makan. Masa rehat dah nak
habis. Sambung kerja pulak.”
“Oraittt bos!”
************
“Babah, ni ke rumah dia bah?” soal
Khairil sebaik sahaja Dato’ Anuar memarkir kenderaannya di hadapan sebuah
rumah.
“Yes. This is their house.”
Khairil agak terkejut. Di hadapannya
kini hanya sebuah rumah kampung yang agak usang. Langsung tidak ada tanda
kemewahan atau kemegahan di situ. Walaupun begitu, rumah tersebut kelihatan
kemas dan utuh. Halaman rumah sangat bersih dan teratur. Dia langsung tidak
menyangka yang kedua orang tuanya langsung tidak kisah dari segi pangkat dan
harta.
“Mesti Khairil terkejut kan? Sebenarnya
mama dan babah tak pandang pun kemewahan. Asalkan dia berlatar belakangkan
daripada keluarga yang baik-baik. But, dia masih sekufu dengan Khairil.
Yang tu penting. Mama tak nak ungkit mengungkit berlaku satu hari nanti.”
Khairil agak terkesima. Masih lagi
tidak percaya apa yang terlihat di hadapannya. Ingatkan selama ni mama dan
babahnya macam orang-orang kaya kat dalam tv, tak akan setuju kalau tak sama
kaya. Hahaha. Lawak antarabangsa betul. Asal la dia tak tanya dulu. Kalau tak,
confirm dia dah masuk meminang si Adriana tu.
“Dato’! Meh la naik.. Buat apa lagi
tercegat kat luar tu??”tegur seorang lelaki separuh abad yang muncul di muka
pintu rumah tersebut.
Mereka sekeluarga melangkah naik menaiki
tangga dan kemudian masuk ke rumah tersebut.
“Maaflah Dato’. Rumah biase je.”kata
Pak Hamid.
“Tak payah nak dato sangatlah Mid.
Kite kawan lama zaman sekolah dulu. Panggil macam biase udah ler..”
“Hahaha.. Iyelah. Erm, ni ke anak kamu
tu Anuar?”
“Ye. Ni la satu-satunya anak teruna
kami.”
“Oh..haha.. Handsome jugak!”gurau
Pak Hamid.
“Biase-biase ajelah pakcik!” lekas
Khairil menjawab. Segan pulak dia.
“Macam mana dengan rancangan kita itu
hari Salmah? Kira jadi lah kan?” tanya Datin Amira.
“Iye, insyaAllah. Tapi ada baiknya,
biarlah Khairil tengok dulu bakal pasangan die ni. Nanti di keluar bawakkan
air.” Jawab Puan Salmah.
Tiba-tiba seorang gadis berbaju kurung,
bertudung litup keluar menghidangkan air. Khairil terasa macam pernah lihat gadis
ni. Tapi kat mane ye? Apabila gadis tu duduk bersimpuh di sebelah Puan Salmah,
tiba-tiba,
“Awak??!”
**************
“Balqis! Cepat habiskan bubur ni.
Tinggal satu suap je lagi. Cepat sayang. Meh sini.”panggil Adriana.
Kelihatan seorang budak berumur
setahun datang ke arah suara yang memanggil tadi.
“Sayang, minggu ni kita pergi Pulau
Pangkor nak?”
“Pangkor? Erm, ok jugak bang. Dah lame
tak jenjalan. Budak kecik ni pun dah besar. Okeylah tu.”
“Okey nanti abang uruskan semuanya.
Balqis, meh sini kat papa.”panggil Khairil sambil menggapai Balqis, puteri
sulungnya.
“Abang, sayang tak habis lagi suap
Balqis makan ni.”
“Ala..awak aje la yang makan bubur tu.
Balqis cakap, boringlah makan bubur hari-hari. Esok die nak nestum
pulak..”Khairil berkata sambil tergelak kecil.
Dia memeluk anaknya dengan penuh kasih
sayang. Sayang seorang bapa.
“Abang!!”Adriana separuh menjerit.
Marah agaknya.
“Olololo.. sayang abang jangan
marah-marah. Nanti cepat tua!” Khairil tertawa kecil melihat wajah isterinya
yang masam mencuka.
“Nah, ambil Balqis awak ni. Ni pulak
hadiah untuk wife kesayangan.”kata Khairil lalu mengucup lembut dahi
isterinya.
Adriana kembali menguntum senyum.
Jauh di sudut hati, Khairil mendoakan
yang terbaik untuk kehidupannya sekeluarga. Benar, kita hanya merancang, Allah
yang menentukan. Walau kita merancang serapi manapun, jika itu bukanlah
perancangan Allah, maka ia tak akan berlaku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
atas tiap-tiap sesuatu. Walaupun dia kehilangan Batrisya, dia dikurniakan
seorang pengganti yang sangat baik kepadanya. Perasaan manusia juga boleh
berubah. Walaupun pada awalnya, dia tidak yakin yang dia mampu mencintai
Adriana Natasya, namun pada akhirnya, hatinya mula menerima, sekaligus
mencintainya.
“Adriana Natasya, hanya awak yang saya
cintai sekarang. Hanya kamu!”bisik hati kecil Khairil.
-TAMAT-
ceNdawaN
03.59 a.m.
3 November 2012
Ni lah cerpen kedua dari saya dan saya telah pun menghantar karya ini ke penulisan2u.my. So, sebarang komen amatlah dihargai..Thanks.
Comments
Post a Comment