#Catatan Diari : Still studying!

..::Assalamualaikum::..


Alhamdulillah.. seperti biasa, menjadi hamba yang bersyukur atas kurniaan nikmat dan rahmatNya.. Bukan semua orang atau makhluk yang dapat merasai nikmat sesempurna yang kita dapat, maka, bersyukurlah.. Semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa berada di jalanNya.. Amiin.. 


Wokeh, start menaip untuk etri kali ini.. hehe.. I ALREADY CONFESS to her!! WTH are u doing Khairul?? Haha.. Aku sendiri pun tak tahu la dari mana la aku dapat kekuatan untuk meluahkan segalanya yang terbuku di hati ni.. Yess, I'm just a jerk.. huhu.. But i donno why, my heart keeps thumping whenever I remember you.. huhu.. Ok, but after all, juz follow the flow.. Don't wanna get stuck in the forbidden love.. haha.. but i'm so thankful, becoz she is an open minded person, so, xdek la segan sangat bile semuanye dah diluahkan.. juz keep being slumber n pretend that nothing happened.. huhu.. 


Terasa macam lapang n lega sebab everything yang tersimpan dalam hati, aku dah bagitau, n about the status in the fb, die pun dah xplain.. becoz of that la, aku berani untuk confess.. Nvm, ape nak jadik, jadi la.. But at first, takut jugak la.. mane la tahu kan, ape kena pulak la dengan mamat ni cakap jiwang2 malam ni.. hahaha.. but, as I xplain sume kat die, die juz pelik, n mybe terkejut kot.. mane taknye, kenal baru aje sebulan lebih, dah confess bagai.. ape kes..?? hahaha.. 


Thanks awak sebab bagi peluang untuk saya jelaskan semuanya.. hehe.. Now, aku dah jadik agak segan la dengan dia.. huhu.. even, she is open minded person, and she told me that, "tak ada salahnye kalau awak nk confess kat saya".. but i'm a little bit segan la.. hehe.. Nvm, as long as u happy.. Semoga cita2 awak menjadi kenyataan kat sane.. What ever happen, remember that, I'm always supporting you.. saya dah pesan semua tu kan?? hehe.. 

Wokeh, ape yang penting sekarang nak study.. hehe.. ni saje je release kan tension lepas mengadap buku kejap sementara menarik nafas nak sambung balik.. Tadi pun dah balik dalam hujan, lepas maen bowling kat ter ngan exco2 KMI.. so, agak letih la maen hujan.. mane taknye, hujan tengah lebat, maen redah aje.. kebetulan pulak xnampk sangat jalan kat sebelum jambatan kuala ibai, tgh laju tibe2,, moto jadi slow, n air yang bertakung sedalam setengah tayar aku redah macam tu je.. terkejut kejappp.. perghhh.. naseb x panik je.. 

ok, wanna share sumthing kat sini, untuk bakal2 isteri:


‎1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)






Comments

Popular Posts