#Catatan Diari : Mencurahkan idea

Assalamualaikum wbth.

   Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nyawa untuk bernafas sehingga ke hari ini. Masih dikurniakan nikmat hidup yang aman di negara Malaysia. Masih dapat menghirup udara yang segar yang tiada pencemaran di rumah ini. Yang paling penting, masih dikurniakan 2 nikmat yang terbesar, nikmat iman dan islam.

   Hari ini adalah penghulu segala hari, hari jumaat yang penuh berkat.. Hari ni, aku bercadang untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan skrip drama bahasa arab untuk projek final bahasa arab. shooting dan editing saja akan ambik mase yang lama..that's why, by hook or by crook, aku kena siapkan hari ini jugak, n try to translate ke dalam bahasa arab. Hari ahad atau isnin dah boleh bagi ustaz untuk disemak. Banyak jugak kerja tu. Mock meeting lagi hari isnin nie..betul2 kene prepare sebab semua ni adalah markah untuk sem ni. Fuuh.. rase macam begitu padat minggu ni dan minggu depan. Al maklumlah, minggu depan lagi dah nak puasa, jadi all task yang penting, semua kene siapkan minggu ni dan minggu depan.. Terasa sesak juga hidup macam ni, Stress yang tinggi. Hujung minggu depan, aku kena pergi ke kem sebagai ajk pulak kat setiu sane. Pergghh..Baru je bercadang nak start shooting. Dah ade amanah lain. Bila nak start shoot, aku pun tak tahu lah. Sebab banyak scene jugak ni. Adoiyai. Tapi tak pe lah..usaha tangga kejayaan.. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Man jada wa jada! 

   Skrip sekarang ni baru sahaja separuh siap. Tak translate lagi.. Baru buat dalam bahasa melayu. Panjang jugak sebab aku tulis secara detail. Agak complicated skit la jalan ceritanya.. Dan ade jugak aksi2 yang susah nak buat. Kena brape kali shoot baru jadi agaknye.. ok lah,,nak sambung mencurahkan idea pulak..


Comments

Popular Posts