#Catatan Diari : Pengalaman pertama

السلام عليكم..

  Dah begitu lame aku tidak mencoretkan ape dalam blog yang tak seberapa ini. Disebabkan masalah dengan internet, and sibuk skit, so, tak sempat nak menulis entri kat blog ni.. Sangat banyak perkara yang berlaku sepanjang aku tak menulis di blog ni.. Firstly, pergi ke melaka menghantar adik yang meneruskan pengajian di matrik melaka. Kami sekeluarga bermalam di rembau, iaitu rumah keluarga angkat aku mase kat sarawak dulu. Ukhuwwah yang telah terbina antara keluarga mereka dengan keluarga aku masih kekal sehingga sekarang. Jadi kami bermalam di situ semalaman dan kemudian menghantar angah keesokan harinya. Lepas tu, kami bermalam semalaman lagi di rembau tu and hari ketiga barulah kiteorang balik ke terengganu semula. Perjalanan yang agak panjang.. Tapi biaselah..

   Then, kuliah pun bermula. Dan bermula lah semula amanah aku memegang jawatan exco ekonomi kelab minda islam dan bermulalah perjalanan hidupku sebagai presiden Pusat Kecemerlangan Akademik UiTM kampus Kuala Terengganu.. Minggu pertama tu memeng minggu yang sangat memenatkan.. Aku pergi kampus pagi, then, malam baru balik. If not, I went home first, then i came again.. That's what i'm doing for the whole week. Start mnggu kedua, barulah lega skit.. Boleh jugaklah rehat di malam hari. Takdek la busy sangat but ade jugak la yang balik sampai tengah malam sebab ade event. 

   Sepanjang hampir sebulan mmegang jwatan presiden PKA, memang terlalu banyaklah masalah, and perkara yang menimpa, ditimbulkan oleh anak2 buah sendiri yang akhirnya menyusahkan aku dan MT yang lain untuk mencari pengganti mereka. Mereka ingat jawatan ini satu perkara yang main2 agaknye. entahlah. Aku pun malas sangat dah nak fkir semua tu.. Lantak dieorang lah dan perkara tu pun dah selesai.. Then, aku teruskan membawa organisasi ini, menempuh halangan dan dugaan bersama ajk2 yang lain..

   Second weekend tu, aku pergi ke mesra mall, stelah diajak oleh budak kelas b. yes, for sure at first, ak mmg malas la nak pergi, but then, aku relakan jugak. takpelah, aku pun mmg dah lame tak pergi sane. Dan pada msa itulah buat pertama kalinya, aku tengok wayang.. yes, for the first time in my life.. tak pernah aku tengok wayang selame ni. Cerita mael lambong jadi movie yang kedua yang aku tengok di cinema. but yang pertama crite vampire hunters kot kalu x slap..aku pun tak ingat tajuk dia.

   Then, kelmarin iaitu hari khamis, also for the first time, i ride to besut. pertama kalinya aku mtor lc tu akan menjejakkan kaki ke besut.. Plannye pergi ke lata tembakah.. Bertolak pada pukul 9 .30 dari mCd kat giant tu and then sampai kat besut around 11.30.. Ak sorang je yang ride while my friends in the car. aku mmberanikan diri mngmbil risiko utk ride sorang diri.. Alhamdulillah cuaca sangat baik dan aku pun taklah kebasahan dalam hujan. Tidur di rumah kawan sekelas aku dan keesokan pagi, kite bertolak ke lata tembakah. buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke situ.. tempat yang sangat indah dan unik..siap bertingkat2 lagi air terjun die.. Alhamdulillah, sempat jugak aku merasa bermandi manda di situ.. and, ak pun dah boleh la brenang skit2.. nak kene pergi lagi ni..baru boleh mahir.. 

   Bertolak pulang pukul 5 lebih then sampai di gong badak lebih kurang 6.30..pergi seberang takir, mnum air gelas besar n mihun sup.. Then brtolak pulang ke rumah..7.38 p.m. aku selamat tiba di rumah.. ni pun sakit2 masih tak hilang..yang ketara leher la yang sakit sangat...tak tahu la kenapa..mungkin tidur dalam keadaan postur yang tak betul semalam..overall, memang berbaloi..=)

Comments

Popular Posts