#Rencana : C.I.N.T.A.

::..السلام عليكم..::

   Alhamdulillah..Masih dikurniakan nikmat yang terbesar dalam hidup; iman & islam.. Masih lagi  mampu bernafas di atas muka bumi Allah yang sangat luas.. Begitu indah rasanya apabila kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.. Lebih indah jika kita memanfaatkan segala nikmat yang diberi dengan sepenuhnya, tanda bersyukur, bukannya merosakkan dengan tangan-tangan kita sendiri. Kerana mengejar pemodenan, bumi dihancurkan, kerana persengketaan, bumi menerima hentaman peluru-peluru berpandu yang menyebabkan hancurnya bumi ini.. Benarlah firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud : 

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

   Entri kali ini adalah tentang cinta. Agak formal entri ini ya? Baiklah..Masa untuk tidak menjadi formal.. Ye, kali ni i just wanna share about cinta.. Ye, CINTA.. Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Bermacam-macam persoalan tentang cinta.. 

Apa itu cinta?

   Apakah itu cinta? Cinta, sepertinya senang untuk diungkapkan..

                   "Aku cinta padamu"   "Aku mencintaimu!" 

Antara ungkapan yang sering digunakan dalam filem2 mahupun drama2 melayu..kadangkala, ada juga yang menggunakan dalam kehidupan realiti.. Definisi cinta menurut wikipedia :

Cinta adalah satu perkataan yang mengandungi makna perasaan yang rumit. Boleh  dialami semua makhluk. Penggunaan perkataan cinta juga dipengaruhi perkembangan semasa. Perkataan sentiasa berubah maksud menurut tanggapan, pemahaman dan penggunaan di dalam keadaan, kedudukan dan generasi masyarakat yang berbeza. Sifat cinta dalam pengertian abad ke 21 mungkin berbeza daripada abad-abad yang lalu. Ungkapan cinta mungkin digunakan untuk meluapkan perasaan seperti berikut:

  • Perasaan terhadap keluarga
  • Perasaan terhadap kawan2 atau sahabat
  • Perasaan yang romantis atau juga disebut asmara
  • Perasaan yang hanya merupakan kemahuan, keinginan hawa nafsu atau cinta eros
  • Perasaan sesama atau juga disebut kasih sayang atau agape
  • Perasaan tentang atau terhadap dirinya sendiri, yang disebut narsisisme
  • Perasaan terhadap sebuah konsep tertentu
  • Perasaan terhadap negaranya atau patriotisme
  • Perasaan terhadap bangsa atau nasionalisme


Oohh..macam itu.. Pada pendapat saya pula, cinta merupakan satu perasaan yang suci.. Perasaan yang sangat indah...yang tidak harus dicemari dengan pengkhianatan atau tingkah laku yang buruk.Cinta adalah perasaan simpati yang melibatkan emosi yang mendalam. Menurut Erich Fromm, ada empat syarat untuk mewujudkan cinta kasih, iaitu:


> Perasaan
> Pengenalan
> Tanggung jawab
> Perhatian
> Saling menghormati


Sepertinya pendapat beliau menjurus kepada elemen2 yang harus ada jika mahu mentafsirkan cinta.. Sebagai contoh, cinta seorang ibu kepada anaknya.. Sudah tentu perasaan kasih terhadap anaknya tidak berbelah bagi, sanggup berkorban demi anaknya yang sangat disayangi.. Namun, jika ibu yang tidak bertanggungjawab, tidak memberi perhatian kepada tingkah laku anaknya, maka, ianya dianggap tidak cinta.. pendek kata, jika ada antara elemen di atas tidak cukup.. bermakna, tiadalah perasaan cinta tersebut.


   Jika kita mencintai Allah swt, sudah tentu kita akan melakasanakan segala yang diperintahkan, tidak mengingkari arahanNya, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.. Ya!!  Pasti kita akan buat semua itu.. Jika tidak, kita tidak mencintaiNya.. Ada benar juga elemen2 ini.. 


Cinta dan Sayang


   Adakah dua perkara ini berbeza? Bagi saya, ya! Kerana apa?? Frasa sayang cenderung kepada sesuatu yang dikasihi, tidak terlalu mendalam dan tidak mempunyai elemen sepenuhnya di atas.. Itulah sayang pada pendapat saya.. Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adkah ianya berbeza? Atau ianya hanya sama, bila ada sayang, lama-kelamaan, adalah cinta..atau cinta memang disertai dengan sayang..


   Terlalu banyak lagu dan novel tentang cinta.. Sedang saya mencari-cari sumber internet, saya terjumpa kata-kata di sebuah blog, yang mengatakan tentang suka, sayang dan cinta :



Category:Books
Genre:Religion & Spirituality
Author:BY FAHMI



*Saat kau MENYUKAI seseorang,kau ingin memilikinya
untuk keegoisanmu sendiri.
*Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali
membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
*Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan
apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus
mengorbankan jiwamu.

*Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya
maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
*Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya
maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
*Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya
maka kau akan menggenggam erat tangannya...

*SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata
"Sudahlah, jangan menangis."
*SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan
menangis bersamanya.
*CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan
membiarkannya menangis dipundakmu sambil berkata,
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

*SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia
sangat cantik dan menawan."
*SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya
dari hatimu dan bukan matamu.
*CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,
"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

*Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau
akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
*Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau
akan menangis untuknya.
*Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata,
"Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan."

*Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA
untuk menyukaimu.
*Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
*Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia
dan tulus...

*SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
*SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia membutuhkan
*CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimanapun keadaannya.

*SUKA adalah hal yang menuntut.
*SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
*CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.


Haa..macam mana pulak dengan sajak di atas..Jelas, cinta terlalu subjektif.. sangat susah diungkapkan atau diertikan dengan kata2. 

Cinta menurut Islam

  Cinta itu fitrah. Islam tidak melarang manusia bercinta, namun perlu mengikut landasan yang betul, dan haru diertikan dengan sebenar2nya.. Di sini saya ingin berkongsi entri dari akhi Hilal Asyraf, seorang penulis yang sangat popular dengan blognya, Langit Ilahi.com.. Beliau juga menulis banyak buku motivasi.. Ini adalah definisi cinta menurutnya :

Bila saya dengan definisi saya.
Dengan definisi cinta saya, “Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya”, saya mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benar cinta. Membina satu disiplin untuk menjadikan ianya luar biasa.
Apabila saya memahami bahawa cinta itu adalah hendak bersama ke syurga, maka saya mula membayangkan perkara –perkara yang boleh membawa saya dan orang yang saya cintai ke syurga Allah SWT. Itu yang saya usahakan.
Menambah kebaikan-kebaikan di dalam hidup. Mempergiatkan amalan-amalan yang memberikan pahala dan kebersihan jiwa. Di samping berusaha mempertajamkan adab dan sopan, walaupun mungkin untuk bahagian itu saya masih lemah hingga kini. Ilmu berkenaan agama itu sendiri, saya perhalusi dan dalami.Urusan ibadah itu saya usahakan untuk perkemaskan lagi. Terus menerus membina kefahaman akan rumah tangga nubuwwah, dan bagaimana anak-anak dan isteri sepatutnya dilayan di dalam Islam. Tidak putus-putus saya berusaha membina diri agar menjadi seorang yang sederhana, mampu bertolak ansur, dan mampu memimpin dengan baik. Saya berusaha agar emosi tidak mengawal saya, tetapi keimanan adalah apa yang mengawal emosi kita.
Bukanlah saya berjaya sekarang atas semua itu kini, tetapi itulah antara perkara yang saya usahakan. Kerana katanya hendak ke syurga.
Dan memahami betapa apa-apa yang melontar ke neraka itu bukan cinta, maka saya mengeraskan diri dari dosa-dosa kepada Allah SWT. Sekiranya ada juga yang saya lakukan, maka saya akan berusaha membersihkan diri dan berusaha menanggalkannya. Sekiranya ada sikap buruk pada diri saya, saya berusaha untuk mencucinya, rasa risau akannya, kerana tidak mahu itu semua membuatkan saya dan orang yang saya cinta dilempar ke neraka. Saya tidak mahu, orang yang saya cinta, dilemparkan ke neraka kerana saya.
Maka semestinya, couple, kelalaian dan kealpaan kerana cinta, fantasi kotor, dan apa-apa sahaja yang boleh membuatkan saya dan pasangan saya jauh daripada Allah SWT, tidak saya letakkan dalam ‘to do list’. Tetapi saya ‘block’ siap-siap, dan tidak bercita-cita akannya. Kerana apa-apa yang melontar ke neraka itu, bukan cinta pada saya.
Saya set semasa awal kembara saya di atas perjalanan ini, agar cinta saya menjadi cinta yang luar biasa. Yang sederhana, sesuai dengan fitrah manusia yang dibenarkan oleh Islam. Sesuai dengan ruh Islam itu sendiri, yang sederhana dan menyenangkan. Tetapi tidak pula terlalu mudah hingga hilang segala prinsip yang mempertahankan.
Maka dengan definisi ini, saya bermula.

Dan Definisi Ini Kekal Hingga Selepas Pernikahan.
Definisi cinta ini kekal hingga selepas pernikahan.
Selepas bernikah pun, cinta pada saya sepatutnya didefinisikan sedemikian rupa. Tetap ada larangan Allah SWT dan perintahNya di dalam hubungan suami isteri. Dan itu perlu dipatuhi. Tetap kita tidak boleh mengajak pasangan untuk mengingkari Allah SWT, dan menjauhi kehidupan Islam. Adalah wajib, untuk kita menariknya semula sekiranya tersasar dan bukan sekadar mendiamkan atas alasan sayang.
Akhirnya, sayang itu tidak akan pernah membawa ke neraka. Kerana apa-apa yang membawa ke neraka, bukan sayang dan cinta namanya.
Semasa saya membina definisi ini, saya melihat inilah dia definisi yang paling cucuk buat cinta.
Tiada definisi lain yang memuskan hati saya.
Definisi ini, sebelum dan selepas kahwin, ianya adalah begitu.
Sebelum kahwin buat kita terjaga, dan selepas kahwin buat kita rasa ingin terus menjaga.
Maka perjalanan saya di dalam cinta ini adalah dengan definisi itu.
 ...
  Begitulah sedikit sebanyak tentang cinta, bagi yang ingin memberi komen atau cadangan, anda dialu-alukan.. Semoga kita semua berada dalam rahmatNya... Akhir kata, cintailah Ilahi.. Hanya Dia yang abadi dan tidak akan mengecewakan..







Comments

Popular Posts