#Walking Along a Bright Path

Walking on Earth

Salamun 'Alaik!

  Wake up in the morning, as usual, feed all my fishes and try to make the day better than yesterday.. Bile terperap kat rumah saje, terasa jugak seperti kelemasan sbb tak dapat lihat keadaan di sekeliling. Keluar kat halaman pun just to feed the fish, and some other usual activities in the evening. Sangat tak menarik. HAHA!!
But in the evening, my mom ajak keluar. Ambik2 angin luar sekali. My dad is the driver for sure. 

   The first destination is pasar malam. Memang dah lame sangat la aku tak pergi. Even my family pon jarang pergi. Kalau dulu, pantang ada mesti pergi. LAst2, bosan n then stop.. Lama2, baru pergi sekali.. SEDANG kiteorang berjalan, usha2 gerai yang ade kat situ, suddenly aku terdengar suara orang mengalunkan ayat2 suci Al-Quran.. Sungguh, aku terpegun dan terkaku sebentar, mencari dari manakah arah suara itu datang. Sangat lunak dan merdu sekali. 


Terserah Kepada Kita

   Alangkah terperanjat dan kagumnya aku, bila terlihat seorang pemuda yang cacat penglihatannya, sedang mengalunkan ayat2 tersebut. Terkesima aku dibuatnya. SubhanaAllah. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala hidupan di atas dunia ini mengikut ilmuNya. Tiada kita sebagai manusia dapat menguasai segala ilmuNya yang sangat luas. Ayat2 suci alQuran yang dibaca dengan penuh tartil dan berlagu.. Sungguh syahdu sekali. Terasa diri ini begitu sombong, angkuh dan hina bila melihat keadaan tersebut. Alangkah mulianya pemuda itu. 



  Aku melihat reaksi orang yang berada di sekeliling, ternyata mereka juga terpegun mendengar suara alunan alQuran yang begitu merdu. Aku berjalan terus, sambil hati ini menangis semahu-mahunya. Lepas pusing satu round, aku patah balik dan berjalan lagi. Aku menghampiri tempat pemuda tadi. Duduk di atas secebis kertas, di sisinya kelihatan sebatan tongkat dan sebotol air mineral. Di hadapannya terdapat satu meja mini yang di atasnya terletak sebuah kotak dan juga al-Quran braille. Sungguh indah pemandangan itu. Terasa dunia ini berhenti seketika. Semuanya terserah kepada kita. Walaupun dia tidak mmpu melihat, namun , dia tetap berusaha membaca, malah menghafaz alQuran mengikut kemampuannya. Namun kita yang mampu melihat, kadang2 tidak langsung mengambil berat tentang alQuran, malah ada yang membiarkan kejahilan tersebut berlarutan hingga ke anak-anak mereka. 


Allah Maha Pemurah

   Allah itu Maha Pemurah. Mukjizat alQuran tiada tolok bandingnya. Di situlah syifaa', di situlah sirah, dan di situlah terdapat pelbagai lagi ilmu yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh manusia. Tidakkah kita tahu pahala kebaikan membaca alQuran??? Adakah kita tidak mahu mendapatkannya..??
Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai  bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW: 




 Bermaksud: " Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf". (Riwayat Tirmizi)




Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:




Bermaksud: " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)



Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.



   
   
   Marilah kita, memanfaatkan masa yang masih tersisa di atas dunia yang sementara ini dengan mengamalkan pembacaan alQuran. Peringatan ini termasuklah untuk diriku yang hina ini. Bersama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik. Sekian.


p/s: credit to http://azizie.com di atas ilmu yang bermanfaat tersebut..

Comments

Popular Posts