Cerpen : Semua Tentang Kita


Artis : Peter Pan
Tajuk : Semua Tentang Kita
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Reff:

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
 " Awak, masih awak ingat lagu ni?" bisik Khairul sendiri, sambil menatap lirik lagu yang tertulis di kertas yang sedang dipegangya. Berdiri di jendela, memandang titisan hujan yang sedang turun dengan lebatnya, selebat air mata yang jatuh ke pipi. Sungguh, masih dia teringat, bagaimana semuanya berakhir hanya dalam sekelip mata.

   " Awak, sudahlah. Berhentilah berharap pada saya. Saya dah tak sayang awak lagi. Saya sendiri tak tahu kenapa, tapi, tak kanlah saya nak bohong dengan hati saya sendiri. Sekarang ni, hati saya dah diisi oleh orang lain. Saya sayangkan dia. Cukuplah wak. Jangan buat saya macam ni lagi. Lepaskanlah saya." kata Batrisya ditelefon. 
Dia menjelaskan segalanya kepada Khairul. Sejujurnya, dia tidak mahu melukakan hati seorang yang pernah dia sayangi satu ketika dahulu. Entah mengapa perasaannya pada Khairul berubah walaupun setelah tiga tahun bersama. 
 " Tapi kenapa wak? Apa salah saya sampai awak berubah hati? Awak, dah tiga tahun kita bersama, tak kan semudah tu awak nak buang saya dari hidup awak. Saya nak kan penjelasan dari awak. Tak cukup ke saya menyanyangi awak sepenuh hati saya selama ni? Awak, saya tak pernah ada niat untuk mencari wanita lain. Saya tak pernah menyayangi perempuan lain seperti mana saya sayang kat awak." jelas Khairul. 
   Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu perhubungannya dengan Batrisya putus begitu sahaja. Jauh di sudut hatinya, dia bermohon agar Batrisya dilembutkan hati, supaya dapat menerimanya. Dia memang mencintai Batrisya sepenuh hatinya. Harapannya ingin ke jinjang pelamin bersama Batrisya berkecai, jika perkara yang paling ditakutinya ini menjadi kenyataan. 
" Ye, memang betul saya pernah menyayangi awak, tapi tu dulu. Tiga tahun yang lalu. Tapi sekarang, mungkin saya rasa, saya lebih menyayangi dia dari awak. Dia lebih menjaga dan menghormati saya. Dia memang lelaki yang saya cari-cari selama ni. Saya tak tahu lagi nak bagi alasan ape kat awak. Tapi tu lah yang sejujurnya dari hati saya. Saya tak nak awak berharap pada saya lagi. Saya dah tak dapat menyayangi awak lagi. Mula-mula saya keliru tentang perasaan saya ni. Tapi, saya dah fikir masak-masak, saya tak nak ade ape2 ikatan dengan awak lagi. Saya baru mengerti bahawa saya menyayangi awak hanya sebagai kawan. Tak lebih dari itu."
Huuhh.. Khairul mengeluh berat mendengar penjelasan orang yang paling dicintainya selepas Allah, Rasululullah dan ibu bapanya. Sungguh dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini, semuanya baik. Dia tahu bahawa penggantinya di hati Batrisya sekarang ini adalah kawan baiknya ketika sekolah dahulu. 
" Saya mintak maaf sebab terpaksa luahkan semuanya kat awak. Tapi kite still boleh jadi kawan kan? Kalau awak ade masalah ke, ade nak share ape2 ke, awak boleh cerita je kat saya. Tapi awak jangan simpan dendam pada saya pulak. Saya betul-betul mintak maaf. Saya terpaksa bagitahu awak semua ni. Sebab saya rasa bersalah jika tak jelaskan pada awak sekarang." terang Batrisya lagi.
" Sudahlah wak. Saya tahu sebab saya tak dapat jadi yang terbaik buat awak. Awak berubah hati sebab dia le bih kacak, baik dan berilmu dari saya. Baiklah, saya nak awak bagi kate putus sekarang. Antara saya dan dia, yang mana awak pilih? Saya nak jawapan muktamad dari awak." soal Khairul dalam nada yang terketar-ketar. Dia harus bersedia walau apa jawapan yang akan didengarinya.
"Erm, saya pilih..........dia."  
Dengan begitu yakin, Batrisya menjawab.
Remuk hati Khairul mendengarnya. Terasa hatinya seperti ditusuk dengan benda yang sangat tajam dan dihiris-hiris. Hampir sahaja dia sesak nafas mendengar keputusan itu. Air mata deras mengalir di pipi. 
" Saya dah agak. Saya tak sangka awak akan berubah hati macam ni. Maafkan segala kesalahan saya sepanjang kita berkawan. Halalkan segalanya. Semoga awak bahagia dengan dia. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Sorry wak. "

Khairul kembali menatap kertas yang berada di tangannya. Menatap seketika, lalu mengambil lighter di poketnya. Khairul membakar kertas yang dipegangnya. Baginya, biarlah perasaannya hilang bersama kertas tersebut. 
"Senangnye awak menolak saya lepas apa yang telah kita lalui bersama. Kalaulah perasaan saya terhadap awak boleh hilang sekelip mata." monolog Khairul.
"Dahlah final dah nak start. huuuhh.. selamat tinggal awak." 
Artis : ST12 
Tajuk : Saat Terakhir

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikit pun ku menyangka
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Begitu sulit ku menyangkal
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Verse
Di bawah batu nisan kini kau t’lah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup ini terjadi
Kerna ku sangat cinta
*
Inilah saat terakhir ku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Dinanti ku
Ulang *
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup

muShrOOm,
Kuala Terengganu.

Comments

Popular Posts