" Maafkan saya, awak" -Amir-
Dummm!!! Kilat sabung menyabung..Guruh berdentum dengan kuat, menyebabkan kawasan perumahan Desa Damai gegak gempita. Tiba-tiba, kedengaran ringtone 'I Believe' nyanyian Irfan Makki, memecahkan suasana hening dalam bilik Amir, seorang jejaka yang tampan.
"Assalamualaikum..Amir bercakap."
"Waalaikumussalam..Amir, saya nak awak berterus-terang dengan saya. Tadi awak hantar mesej yang awak tanya saya ada taruh harapan kat awak atau tak kan? Kenapa awak tanya semua tu? Awak dah ada pengganti saya ke?"
"Intan, saya tak bermaksud yang saya dah ada perempuan lain. Tapi, saya cuma nak tahu dan nak selesaikan masalah perasaan antara kita. Itu je."
"Secara jujurnya, saya memang ada menaruh harapan kepada awak Amir. Memang perasaan sayang saya pada awak wujud dalam diri saya."
"Awak, saya nak beritahu kat awak yang memang saya sayangkan awak sebagai seorang sahabat. Tapi tak lebih dari tu. Saya dah anggap awak macam ahli keluarga saya sendiri. Intan, bukannya saya ada perempuan lain, tapi ini betul-betul tentang perasaan saya. Awak buanglah harapan dan perasaan awak pada saya tu jauh-jauh. Saya tak nak awak merana disebabkan saya. Awak carilah orang lain yang boleh membimbing awak dan menyayangi awak sepenuh hati."
"Ooo.. Emm.. Kenapa tiba-tiba awak tanya semua ni? Awak dah ada orang lain ke?"
"Saya tanya sebab saya nak tahu dan saya tak nak awak taruh harapan kat saya. Saya takut saya akan kecewakan awak."
"Oo.. Sebenarnya saya takut untuk buang perasaan sayang saya pada awak sebab saya takut awak pun menaruh harapan kat saya. Habis tu awak, ape makna semua layanan baik awak terhadap saya selama ni?"
"Layanan tu tak lebih sebagai seorang sahabat sahaja wak. Saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki wak. Saya tak bermaksud nak mempermainkan perasaan awak. Tapi kita tetap kawan kan??"
"Sekali kawan, kawan untuk selamanya."
"Terima kasih Intan.."
"Hmm..My pleasure.."
Talian dimatikan.
Kedengaran esakan yang amat hiba dari dalam kamar. " Terima kasih untuk segalanya, Amir.."
" Maafkan saya, awak. " bisik Amir............
Kedengaran esakan yang amat hiba dari dalam kamar. " Terima kasih untuk segalanya, Amir.."
" Maafkan saya, awak. " bisik Amir............
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Comments
Post a Comment