#BunnieS: Kelahiran..
.::ASSALAMUALAIKUM::..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang masih memberikan aku peluang untuk terus hidup, menghirup udara segar yang diberikan secara percuma... Maka, nikmat ini tidak harus disalahgunakan..
Entri aku kali ni pasal kelahiran babies yang sangat comel yeee.. hehe.. Al-kisah pada tanggal 11.11.2012, maka lahirlah 6 cahaya mata yang comel ke dunia.. Jam kelahiran pula tidak dapat disahkan secara tepat.. Maka amat gembira tidak kepalanglah tuan kepada bonda bayi tersebut apabila melihat haiwan peliharaan yang disayanginya melahirkan anak yang banyak dan sihat. Maka dengan segera, dia mengambil sebuah bakul dan meletakkan kesemua anak tersebut ke dalam bakul tersebut. Alhamdulillah, kesemuanya berjaya diselamatkan. Perkara ini berlaku kerana bonda kepada bayi2 tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melahirkan anak, maka dengan itu, tiadalah tuannya menyediakan kotak sarang terlebih awal, kerana tidak tahu dengan tepat jumlah hari buntingnya.
Arakian maka berlepaslah tuannya ke sebuah gedung untuk mencari sebuah kotak sarang yang lebih besar dan selesa untuk bayi2 yang baru dilahirkan tersebut, sekaligus memudahkan tugasan bonda mereka menyusukan mereka kelak. Setelah berhempas pulas mencari seperti lipas kudung, maka terjumpalah akan ia sbuah kotak yang boleh digunakan lalu dibawa pulang ke rumahhh...
Lepas tu, aku pun sediakanlah tempat tersebut seperti gambar di atas.. Pada masa itu adalah hari pertama dan masa tu, kesemuanya ada 6 ekor..Tapi, pada hari keenam, seekor daripada mereka telah mati disebabkan tidak mendapat susu yang mencukupi dari ibunya, dan dialah antara yang terkecil kerana tidak dapat minum susu untuk memberinya zat yang cukup untuknya membesar.. Pada masa tu, aku sendiri tak boleh nak buat apa2 lagi.. Hanya meredhai saje ape yang telah berlaku.. Maka, aku pun segera membuka internet dan membaca pengalaman yang lain dan dari situlah akuu mendapat ilmu yang seterusnya.. Aku terus ke kedai mencari apa yang patut.. susu dan botol susu.. untuk menyelamatkan anak kedua yang terkecil di kalangan siblings trsebut.. dia juga seperti yang sekor lagi yang telah mati kerana tidak berjaya berebut susu dengan adik beradik y lain.. pada mulanya, memang payah nak bagi die susu.. tp, sy terpaksa juga menitiskan beberapa titik sehingga y letih untuk berbuat demikian coz sangat payah.. dia nak mnum dengan biase.. so sy pka lah jugakk.. dan sehingga hari ini, alhamdulillah, dengan izinNya jugak, masih lagi hidup dan berjaya jugak memenangi perebutan sekali sekala untuk minum susu ibunya... Alhamdulillah.. Sekarang, mereka semua ada 5 ekor, dan hidup dengan sangat happy, cuma yang paling kecil, aku masih lagi bimbangg.. Ok, kat bawah ni, ksemua gambar mereka yang aku snap sehingga hari ke 12..Pada hri ke 11, mreka mula mmbuka mata..
Hari ke-9 |
Hari ke 12 |
ni lah bondanya |
ni pulak bapa dia |
Comments
Post a Comment