#Catatan Diari : Result Sem 2!

::..السلام عليكم..::

   Dah lama rasanya tidak meluahkan isi hati di alam maya ini. Ahh, entah kenapa jari jemari ini begitu gatal sekali hendak menaip, meluahkan apa yang telah berlaku 2,3 hari ini. Firstly, apa yang aku tunggu2 telah pun diketahui, iaitu keputusan peperiksaan akhir yang elah pun diumumkan pada 27 April baru2 ini. Ya, seperti yang ku jangkakan, keputusan aku menurun kali ini dan aku pasrah. Tidak kecewa, tidak lemah, dengan keputusan yang bagiku amat rendah itu. Walaupun dengan keputusan yang jatuh berbanding semester lalu, aku tetap bersyukur menerima takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan. Sebanyak mana yang aku telah berusaha, sebanyak itu jugalah yang telah ku dapat. GPA 3.24 manakala CGPA adalah sebanyak 3.51.. Bagiku, prestasi kali ini sangat tidak memberansangkan dan aku sedar, semuanya adalah kerana diri ini yang terlalu leka dengan keseronokan di zaman remaja. 

   Aku telah gagal menggembirakan ibu bapaku pada kali ini.. Namun, ibuku telah berpesan supaya mengambil iktibar, pengajaran sebanyak yang boleh melalui pengalaman n peristiwa yang telah berlaku ini. Peristiwa yang aku lalui semasa peperiksaan baru sahaja bermula, telah menjejaskan sedikit sebanyak fokus. Aku tidaklah menyalahkan apa yang telah berlaku, menyalahkan takdir, mahupun menyalahkan watak2 dalam peristiwa tersebut.. Namun, aku akui, ini semua adalah kelemahan diriku sendiri. Ahhh, bohonglah diri ini jika aku langsung tidak bersedih atas apa yang berlaku. Putus cinta? Adakah aku benar2 mencintainya??? Entahlah, aku pun tidak mengerti sekarang. Apa yang pasti, dia telah menolak perasaan aku terhadap dirinya. Sungguh, memang aku menyayangi dirinya.. Tapi, takdir telah menetukan segalanya. Apakah ini yang dikatakan cinta monyet? Aku pun tidak pasti tentang itu. Apa yang aku tahu, aku hanya mahu bersama dirinya untuk selamanya. Namun, itu semua dahulu...tidak lagi sekarang.. Dan perkara inilah yang membuat aku keliru sendiri, terasa seolah2 terumbang ambing di dalam dunia yang entah apa-apa.. terasa begitu menyesakkan, menyiksakan.. 



 
   Dah lah tu cakap formal..HAHAHA!! aku pun tak tahulah asal nak formal sangat mula2 tuh.. Terikut2 barangkali. Tapi apa yang aku ceritakan tadi memang betul la..bukan skrip drama ekk.. Aku pun tak tahu lah nak kata apa lagi..Tahu tak sekarang pukul berapa? 4:31 pagi!! dan aku langsung tak sedar dan tak tidur lagi.. apa nak jadi lah!! tiap2 hari tidur lambat.. kadang2 tu tak tidur pon.. tidur siang esok hari pulak.. Bahaya2!! Aku bukanlah tak nak tidur, tapi tak terasa mengantuk lagi.. Haa.. Lupa pulak nak bagitahu.. aku sekarang dah ada hobi baru,kawan baru dan barang baru!! Hobi yang aku memang tercari2 geng untuk aku lakukan bersama.. Mengail udang galah a.k.a sepit biru.. memang lama sangat dah aku teringin nak ngail udang and at last, aku jumpa lah seorang manusia yang pada mulanya, dialah yang menegurku dalam facebook.. YA!! aku berkenalan dengan dia kat FB jerrr!! Then dia ajak aku lepak dengan dia, ajak kenal2..

   Sebenarnya yang jadi dia tegur aku sebab dia tertengok post aku yang nak join kelab L.O.C. kat group lagenda owner club terengganu. Then, bermula situlah, dia pi inbox aku. ajak jumpe sama2 dengan leader..Aku pun ikot ajelah.. Yakin dengan gerak hati n dia memang sangat peramah dan baik..setakat yang aku kenal lah.. N semenjak itu, kalau ada free, dia ajak aku memancing udang sekali dengan dia.. PErgghhh..pucuk dicita, ulam mendatang!! memang aku suka sangat2 lah..n sekarang, alhamdulillah, aku berjaya membeli dua batang joran udang yang akan aku, dan adikku (kalau ikot) u mengail udang.. Mengail udang sangat memerlukan kesabaran dan skill yang tinggi..sangat mencabar!!

    Oklah...itu sahaja untuk kali ini.. Jangan lupa ye baca cerpen HANYA KAMU..harap korang sukelah..aku pun baru aje nak try2 buat cerpen nih.. Dah lama sangat dah aku rancang..sekarang baru semangat sikit..N jangan lupa ikuti sambungan die!!


muShrOOm : jangan lupe like page ni yerrr!! >> QiuBakery Shop
                        p/s: Sape2 yang dok area kuala trg,,kuala berang..bolehlah kalau nak tempah!!

Comments

Popular Posts